Sunday, April 13, 2014

Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG)

PERATURAN MENDUDUKI UJIAN KELAYAKAN CALON GURU (UKCG) PROGRAM GURU TAJAAN KPM BAGI LULUSAN SPM 2014:

Penampilan dan pakaian lelaki dan perempuan:

- Seluar track bottom berwarna hitam/biru dan T-shirt putih yang berkolar bagi lelaki / T-shirt putih lengan panjang bagi perempuan. SELUAR JEANS TIDAK DIBENARKAN.
- Kasut sukan dan berstokin putih. Sandal atau selipar tidak dibenarkan.
- Lelaki mesti berambut pendek, kemas, tidak mencecah kolar baju dan tidak diwarnakan.Bagi perempuan bertudung mesti memakai tudung gelap/hitam/ berambut kemas serta diikat rapi.

SOLAN LAZIM mengenai pakaian yang telah ditetapkan:

1. Tidak perlu memakai pakaian formal ke semasa mengambil ujian bertulis UKCG? 
2.  Kena berkolar ke bagi lelaki?
3.  Mesti ke memakai T-shirt putih dan bukannya memakai pakaian formal seperti baju kurung, kemeja dan  sebagainya?
4. Perlu bawa apa semasa ujian bertulis?

JAWAPAN:

Seperti yang tertera pada surat panggilan UKCG, calon mesti berpakaian T-shirt putih dan track bottom seperti yang sedia maklum. Tidak perlu keliru dengan etika pemakaian yang telah ditetapkan. Tidak perlu berpakaian formal semasa mengambil ujian bertulis kerana tidak dinyatakan dalam surat. Bagi calon lelaki, sebaiknya memasukkan baju dalam seluar supaya kelihatan lebih kemas.

Barangan atau alatan yang perlu dibawa semasa  ujian bertulis:
a. Kad pengenalan/ MyKad dan Surat Beranak
b. Surat panggilan UKCG
c. Slip kehadiran perlu diserahkan kepada Pengawas/ pengawal di pusat ujian
d. Pensel 2B dan pemadam.



SEMASA UJIAN FIIKAN:

a. PAstikan calon telah menyerahkan Surat Akuan Calon kepada pengawas yang bertugas.
b. Sila patuhi arahan dari semasa ke semasa daripada pengawai/ pengawas yang terlibat.

 

UNTUK MAKLUMAT LANJUT dan lebih tepat, sila layari  http://apps.moe.gov.my/smg/02/020002/spcg/index.cfm









Tuesday, March 4, 2014

Koleksi Arca Binaan Botol Plastik


Apa itu arca binaan?

Arca ini dibina daripada satu jenis bahan sahaja. Bahan tersebut dicamtum atau diambah hingga menjadi satu binaan struktur yang lebih besar. Bahan daripada simen, besi, kayu, kaca. plastik sesuai digunakan.


Ini adalah antara koleksi arca binaan botol plastik berkonsepkan maritim yang saya peroleh dari goggle. Pelajar boleh mencari lebih lagi di google atau dalam apa-apa sahaja rujukan yang bersesuaian.


* Pelajar perlu mengkaji dahulu kesesuaian gambar agar tidak membuat kesilapan. Semua gambar dibawah ini adalah hak cipta pemilik asal bukan gambar milik saya.





Kura-kura

Pelbagai warna ikan



Alex by the massive starfish
Tapak sulaiman.

ringkas dan mudah.

kura-kura

pelbagai warna botol plastik yang digabungkan.


Sangat ringkas.




Giant Jellyfish Made From Ocean Garbage 



Plastic Water Bottle Jelly Fish
Miwa Koizumi created some unusual pet jellyfish and other sea creatures out of plastic bottles, resulting less trash that ends up in the oceaan




KRSV SPM 2014


Serba sedikit mengenai KRSV...

KRSV merupakan sebahagian instrumen pentaksiran berasaskan sekolah untuk mata pelajaran PSV (2611/3). MEncakupi empat bidang utama:

i.   kraf
ii.  komunikasi visual
iii. seni halus
iv.  reka bentuk

Kajian folio (75%)
Diwajibkan bagi semua calon SPM PSV. Dihasilkan secara individu. Mengandungi semua perkara yang diminta oleh soalan.

Artifak (25%)
Calon boleh menggunakan teknik bebas tetapi hendaklah dilakukan secara manual. (ditunjukkan secara terperinci dalam proses dan teknik). Mesti mengikut spesifikasi ditetapkan. Satu artifak hanya dalam satu tahun semasa.
  


Antara soalan menarik yang boleh dikongsi dalam KRSV SPM 2014 ini adalah tugasan 4 yang membincangkan mengenai arca binaan. Baca soalan dengan teliti dan pelajar perlu banyak mencari maklumat tentang arca binaan yang harus dibina untuk mendapat markah yang cemerlang.

Apa yang PENTING juga ... perlu ada semua ini dalam folio anda:



Pelajar perlu mencari maklumat dan menyelidik sebanyak mungkin arca binaan botol plastik berkonsepkan maritim sebagai panduan dan rujukan.

Setiap proses penghasilan folio mahupun artifak, pelajar perlu mengambil gambar untuk ditunjukkan dalam proses dan tekni. Sebenarnya proses dan teknik ini boleh juga dilukis jika pelajar mempuyai kemahiran lukis dan masa yang mencukupi.








Wednesday, July 31, 2013

CERPEN - Ukiran Terakhir...

Ombak yang memukul itu mengingatkan Salehah terhadap Nurin, sahabat baiknya yang telah meninggal dunia dua tahun yang lepas. Tempat itu, waktu yang sama seperti itu dan pantai itu yang telah meragut nyawa Nurin. Sahabat baiknya itu telah lemas sebaik sahaja tergelincir daripada batu besar yang dipijaknya.

"Leha! mari sini cepat! cepat!" jerit Nurin sambil melambai-lambai tangannya ke arah Salehah yang sedang membina istana pasir.

"Kejap! sikit lagi ni!" jawab Nurin. Istana pasir yang dibuat oleh mereka hampir siap sepenuhnya.

"Cepat! nanti kau menyesal, baru tahu!" jerit Nurin lagi. "Lehah!" sambung Nurin. Salehah menoleh ke arah Nurin, alngkah terkejutnya dia tatkala melihat Nurin sedang tergapai-gapai di dalam air itu. Salehah panik! Dia tidak tahu untuk berenang.

"Le... hah... to...long aku!" ujar Nurin yang tidak tahu berenang itu.

"Kejap, kejap! Aku tak tahu nak berenang... sabar, sabar... aku cuba minta tolong kat orang!" air mata deras meluncur di wajah Salehah tatkala itu. Perasaan cemas bercampur takut mulai menghantui dirinya. Dia takut Nurin tidak dapat diselamatkan. Dia bimbang sahabat baiknya itu tidak akan bernyawa lagi di dunia ini.

"Kak, Kak!" Salehah menjerit memanggil Kak Suri yang kebetulan sedang menunggang motosikal. Kak Suri ialah jiran Nurin.

"Kak! Tolong, kak! Nurin! Dia lemas kat pantai... cepat, kak... jom!" tercunggap-cunggap Salehah tatkala itu.

"Apa? Nurin lemas? Cepat-cepat!" kekalutan Kak Suri dapat dirasai oleh Salehah. Manakan tidak, dia juga sedang kalut dan cemas dengan keadaan Nurin. Mereka cepat-cepat berlari ke pantai untuk menyelamatkan Nurin yang lemas itu.

Salehah tidak melihat tangan Nurin yang tergapai-gapai tadi, tiada juga suara meminta tolong. Dadanya berombak kencang. Dia melihat tubuh Nurin sedang terapung-apung di atas air. Badannya mengeletar. Kakinya goyah untuk terus berdiri. Air mata mengalir tanpa henti.

"Aku menyesal Nurin. Kalau aku ada di situ, pasti kau tak akan jatuh dalam air tu" Salehah mengesat air matanya. Peristiwa kematian Nurin bermain-main di fikirannya. Semua kenangannya bersama Nurin amat dirinduinya. 

Salehah melihat seorang budak kecil sedang bermain-main di tepi batu. Salehah cepat-cepat berlari ke arah budak itu.

"Dik! jangan main kat sini, bahaya!" Budak kecil tadi berlari dari situ setelah dimarahi oleh Salehah. Salehah tidak mahu peristiwa kematian Nurin berulang lagi. Garisan-garisan halus yang terdapat pada batu besar itu menarik perhatian Salehah seketika. Dia mengosok-gosok batu yang sedikit berlumut itu. 

'Salehah sahabat Nurin sampai akhir hayat Nurin'

Tatkala itu air matanya mengalir dengan lebih laju. Rupa-rupanya ukiran pada batu  itul yang Nurin minta untuk dilihatnya, ukiran nama yang diukir arwah sahabat baiknya itu. Tangannya mengusap-usap ukiran pada batu itu. Kenangannya bersama Nurin berlegar-legar di fikirannya tatkala itu. Ukiran terakhir itu akan menjadi kenangan terindah dalam hayatnya.