"Leha! mari sini cepat! cepat!" jerit Nurin sambil melambai-lambai tangannya ke arah Salehah yang sedang membina istana pasir.
"Kejap! sikit lagi ni!" jawab Nurin. Istana pasir yang dibuat oleh mereka hampir siap sepenuhnya.
"Cepat! nanti kau menyesal, baru tahu!" jerit Nurin lagi. "Lehah!" sambung Nurin. Salehah menoleh ke arah Nurin, alngkah terkejutnya dia tatkala melihat Nurin sedang tergapai-gapai di dalam air itu. Salehah panik! Dia tidak tahu untuk berenang.
"Le... hah... to...long aku!" ujar Nurin yang tidak tahu berenang itu.
"Kejap, kejap! Aku tak tahu nak berenang... sabar, sabar... aku cuba minta tolong kat orang!" air mata deras meluncur di wajah Salehah tatkala itu. Perasaan cemas bercampur takut mulai menghantui dirinya. Dia takut Nurin tidak dapat diselamatkan. Dia bimbang sahabat baiknya itu tidak akan bernyawa lagi di dunia ini.
"Kak, Kak!" Salehah menjerit memanggil Kak Suri yang kebetulan sedang menunggang motosikal. Kak Suri ialah jiran Nurin.
"Kak! Tolong, kak! Nurin! Dia lemas kat pantai... cepat, kak... jom!" tercunggap-cunggap Salehah tatkala itu.
"Apa? Nurin lemas? Cepat-cepat!" kekalutan Kak Suri dapat dirasai oleh Salehah. Manakan tidak, dia juga sedang kalut dan cemas dengan keadaan Nurin. Mereka cepat-cepat berlari ke pantai untuk menyelamatkan Nurin yang lemas itu.
Salehah tidak melihat tangan Nurin yang tergapai-gapai tadi, tiada juga suara meminta tolong. Dadanya berombak kencang. Dia melihat tubuh Nurin sedang terapung-apung di atas air. Badannya mengeletar. Kakinya goyah untuk terus berdiri. Air mata mengalir tanpa henti.
"Aku menyesal Nurin. Kalau aku ada di situ, pasti kau tak akan jatuh dalam air tu" Salehah mengesat air matanya. Peristiwa kematian Nurin bermain-main di fikirannya. Semua kenangannya bersama Nurin amat dirinduinya.
Salehah melihat seorang budak kecil sedang bermain-main di tepi batu. Salehah cepat-cepat berlari ke arah budak itu.
"Dik! jangan main kat sini, bahaya!" Budak kecil tadi berlari dari situ setelah dimarahi oleh Salehah. Salehah tidak mahu peristiwa kematian Nurin berulang lagi. Garisan-garisan halus yang terdapat pada batu besar itu menarik perhatian Salehah seketika. Dia mengosok-gosok batu yang sedikit berlumut itu.
'Salehah sahabat Nurin sampai akhir hayat Nurin'
Tatkala itu air matanya mengalir dengan lebih laju. Rupa-rupanya ukiran pada batu itul yang Nurin minta untuk dilihatnya, ukiran nama yang diukir arwah sahabat baiknya itu. Tangannya mengusap-usap ukiran pada batu itu. Kenangannya bersama Nurin berlegar-legar di fikirannya tatkala itu. Ukiran terakhir itu akan menjadi kenangan terindah dalam hayatnya.
No comments:
Post a Comment